Masa makan di cafe tadi, sempat tonton berita. Ada satu edisi di bahagian pelaburan. PNB rasanya. Saya taknak ulas panjang lebar tentang pelaburan, tapi ada sesuatu yg menarik mata....
Pada bahagian yg sangat terhad tu, ada seorang pekerja ni [wanita Islam] kelihatan memakai sarung tangan. Beliau capai tangan pakcik yg beratur depan kaunter, dan bantu untuk cap jari atas borang.
wah..saya kagum bangat nih :)
Wanita itu pilih untuk menjaga adabnya. Tak boleh sentuh yang bukan mahramnya. Beliau memilih cara begitu. Memilih yang Tuhan suka. Dan, ini ada kaitan dengan isu aurat kita sebagai wanita.
Isu aurat ni...atas kesedaran sendiri. Dah tahu, tapi tak mahu. Iya, tunggu hidayah katanya. Kata kebanyakan orang. Tapi, sebenarnya anda mahu tak tutup aurat? Aaah, jika itu yang anda mahu..buatlah. Laksanakan cepat-cepat. Jangan malu nak berubah baik di mata Tuhan ^_^
Takkanlah nak cantik, seksi dan gebu-gebu di mata manusia je??
No comments:
Post a Comment